Wednesday 14 January 2015

Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin dan Perempuan


Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin dan Perempuan/Azzah AR [Used]
PTS Litera Utama (Cetakan Pertama 2011)
267 pages
RM15 SM
RM18 SS  (including postage)

Kondisi buku masih sangat dalam keadaan baru. Beli pada penghujung tahun 2014 dan baru digunakan sekali.


----------
Sinopsis:

Shamsiah Fakeh adalah seorang komunis. Itu yang diberitahukan kepada kita, sehinggalah beliau sendiri berkata, "Aku akan tulis kisah ini nanti. Aku harap, selepas ini kalian tahu kisan yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku."

Ini merupakan novel yang sangat menghormati Shamsiah Fakeh. Novel yang bercerita perihal Shamsiah Fakeh, susuk yang pernah menjadi pemimpin, pejuang dan tetap seoran perempuan.

Novel perjuangan ini menceritakan dari mula kelahiran Shamsiah Fakeh. Kisah hidupnya dilanjutkan dengan kisah beliau yang pernah dihantar ke Sumatera bagi belajar ilmu agama di sana. Di Sumatera beliau diajar bagi mencintai tanah air.

Pulangnya ke tanah air, tepat pada waktunya kerana waktu itu semangat melawan penjajah sedang bersemarak. Beliau pernah berganding tangan Ahmad Boestamam dan menjadi isteri kedua beliau demi melancarkan perjuangan. Shamsiah Fakeh pernah menjadi ketua AWAS sayap wanita bagi PKMM.

Sebagai pemimpin, beliau berkata, "Kamu yang dapat melihat peristiwa sebenar dalam sejarah pasti dapat menemui arah tuju untuk masa hadapan."

Sebagai pejuang, "Tiada apa yang aku kesalkan Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka."

Sebagai seorang perempuan, "Mana mungkin seorang ibu tergamak membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan. Bezanya, aku menangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung dari serangan penjajah, dan kamu tidak."

Dalam novel ini banyak bercerita berkenaan pengalaman hidup Shamsiah Fakeh semasa berada di dalam hutan dan bagaimana dia boleh memasuki Komunis. Novel ini turut menjawab persoalan samada beliau komunis, samada beliau membunuh anaknya dan samada beliau penderhaka negara. Kisah peribadi Shamsiah Fakeh berkenaan kisah pernikahannya juga ditampilkan dalam kisah ini.

1 comment: